Thursday 27 September 2012

keretakkan hubunganku dengan M***B***

di saat hujan mulai turun, kala mata semakin berat dan inilah waktu yang tepat untuk berguling-guling diatas katil untuk melelapkan mata ouhh katil, tubuhmu sungguh menggoda awwww *cube korang bayangkan Tapi MALANGNYA aku masih berada di sekitar poli.wow, siap highlight lagi perkataan tu hehehe. walaupun co-curriculum aku dah dismiss tapi si yaya ni punye co-curriculum belum habis lagi =.=" sebagai seorang kawan yang setia lagi baik, aku dengan penuh kesabaran menunggu si yaya ni *puihh, baik ke aku? perasaan sekali-sekala.





ok dah la, mukadimah je tadi tu. main point aku sebenarnya nak cerita tentang effect atau dalam bahasa melayunya ialah kesan setelah aq deactivekan account muka buku aku. oh nama popularnya ialah FACEBOOK ye kawan-kawan. beberapa hari sebelum hari raya aidilfitri last month aku start deactivekan account aku, sebelum ni aku dah agak bosan dengan FB ni tapi disebabkan FB ni membuatkan seseorang tu addicted so aku pon still go on dengan relationship aku dengan FB ni. tapi after "dia" tak lagi berada dalam friend list FB aku. so aku pon nekad nak deactivekan account aku.

kiranya dialah penguat diri aku untuk deactivekan FB aku, sebab dulu function FB tu untuk stalk dia je. sebab aku bukanlah suka pon berchatting dengan orang. cume tak push diri untuk deactive account tu. sekarang ni kira hampir sebulan lebih juga aku tak lagi menjadi pengguna FB yang tegar & im proud!! dulu, kalau aku nak deactive je mesti aku akan fikir macam mana dengan group dalam FB aku, macam mana nak contact kawan-kawan dan banyaklagi alasan untuk tak deactive.

lepas je bergaduh dengan "dia" aku langsung deactive FB aku, tak mahu berpatah balik dah. tapi sekali sekala aq ada active kan juga account FB seminggu tu ada la dalam sejam dua. bila dah sejam dua activekan kena deactive balik, sebab kalau tak diri ni mesti akan melekat je dengan FB tu. bila dah melekat comfirm kerja akan tergendala kan??tak perlu la korang nafikan yang korang tak addicted dengan FB, tak payah jauh la. sarah tengok my own sister je dah cukup, nak buat assignment pon still bukak FB. 

kalau dikira-kira, masa untuk ber-mukabuku tu lagi lama daripada tempoh korang buat kerja atau assignment. sarah pon macam tu juga dulu, bila buka internet comfirm akan ada tab khas untuk FB.dan kenapa sarah kata korang addicted dengan FB? kalau korang perasan, korang kalau pergi kemana sahaja or buat apa pun mesti nak ambil gambar dan nak upload di FB kan?? bila orang comment dan like, korang rasa seronok. BUT nowdays, sarah tak lagi macam tu. nak buat kerja pon tak terleka dengan FB dan kerja pon berjalan dengan lebih pantas. and also, sarah juga dah jarang teramat sangat ambil gambar. kalau dulu, benda remeh pon nak di ambil gambar untuk di upload.

sarah active account FB tu sekali sekala pon bersebab, kadang-kadang sarah kena manage group kelas yang ada di FB tu, disebabkan sarah admin so sarah kena lah buka juga untuk bagi tau latest information atau nak upload dokumen penting. kalau benda tu simple sarah suruh kawan sarah je postkan kat group tu. ade sekali tu sarah activekan account FB sebab nk contact "dia" time creadit handset habis. lepas contact tu sarah terus deactivekan balik :) 

so thanks to "him" because telah membuat sarah berani dan nakad untuk deactivekan account FB sarah. sesiapa yang rasa FB tu mempengaruhi aktiviti harian terutamanya urusan-urusan yang maha penting daripada FB. cubalah beranikan diri untuk membuat tindakan yang sewajarnya. pada mulanya sarah deactivekan sebab sedih kat dia, tapi sekarang dah tak rasa nak bermukabuku pon :) sarah cakap kat diri sarah, kalau tak dapat stalk "dia" pon tak apa lah. at least kurang sikit perasaan curiga dan jelous bila dia bercomment dengan kawan-kawan dia especially girls.

sebab bila dah rasa curiga mesti otak tu akan fikir bukan-bukan, padahal theres nothing going on pon :( biasalah, bila kita suka kat someone mesti kita cepat jelous kan. walaupun kita ni tak ada relation pon dengan dia, but who knows what will happen in the future right? we just dont have any relationship tapi agak rapat :)

oklah blogist, sampai kat sini jek aku type entry berjela-jela. till next time ok peeps. daaaaa *lambai tangan lelaju sekiannn...


Attention : FB tak ade tapi masih boleh follow twitter okay, tapi tak la active sangat juat lw ade masa sarah suka membebel di situ.feel free to follow yea.

Monday 17 September 2012

sinopsis untuk 2 bulan & adakah aku akan bernikah ?

ehem . . ehem 

eh lupa nk buka mukadimah bercerita dengan salam ASSALAMUALAIKUM fellas. lama little sist tak meng-update belog tercinta ni. ekekeke hampir 2 bulan juga ye? hurm, sepanjang 2 bulan ni macam-macam hal berlaku dalam hidup little sist. itu la yang dinamakan kehidupan :) dengan kes tak tidur malamnye nak siapkan assignmnt dengan konflik warga DKA2B *eceh, konflik la pulak. macam drama nak ada konflik bagai ni kan? dan juga drama 3 minggu bersama teettttt teet toottt . . .   

sebab terlalu banyak aktiviti sebagai pelajar la little sist jarang sangat update blog. almaklumlah idea pon seciput aje bab mengarang ayat kat blog ni. kalau nak cerita pakai mulut tentang semua yang berlaku memang berjela la cerita little sist, so little sist just wt sinopsis sepanjang 2 bulan ni. cehh poyonye aku nk buat sinopsis bagai :)

ok 1st of all, kelas DKA2B completely huru hara selepas ketiadaan wakil kelas. little sist hanya pembantu je, bekas wakil kelas bukan pindah atau anything happen to him its just dia letak jawatan sebab tak tahan dengan kerenah budak kelas yang kadang-kadang annoying terlampau. so ada masa memang aku la yang kena backup tempat dia lepas dia letak jawatan.

 naik cuti raya aidilfitri tu, little sist join selection untuk pemain netball and alhamdulillah little sist pegang position GD :) sepatutnya 13/9 hari tu kami ke nilai untuk tournament antara poli seluruh malaysia unfortunately kami tak dapat pergi sebab POLIMAS tak approve transport, maka terkuburlah angan untuk bertanding dalam tournament itu. tapi kami masih turun training every day, sebab insyallah kami akan bertanding dalam tournament antara IPT. mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya

and next week little sist akan menghadiri khursus kahwin. *ok please stop buat mate terbeliak besar-besar tu. =.=" apa kau fikir umurku 19 tahun aku tak boleh pegi khursus kahwin ka??   adakah little sist akan bertunang? berkahwin? ber . . . ermmm ber . . . ahh ape-ape yang sewaktu dengannya lah. hurmm . . hurm . . fikir sejenak, aku dah nak nikah ke ? ? khursus kahwin ? ? nikah ? ? brrrrrr . . . tak payah fikir, membazir waktu aje. haha kbai

 segala kemangarutan disini memang bengong. salam sayang untuk pengunjung dan pengkarya blog :) *hugnkisses

Thursday 19 July 2012

niat berpuasa 2 version

assalamualaikum fellas,
amacam sambutan bulan ramadhan you all tahun ni?? bersyukurlah kepada mereka yang masih boleh berbuka sesama keluarga. sesiapa yang duduk di negeri or negara orang memang tak ada chance la nak bersahur dan berbuka sesama keluarga. macam Sarah jugak, this is the first year Sarah berbuka without family sebab sarah belajar di kedah kan, merantau dari selatan ke utara.


okay lah sempena menyambut bulan yang mulia ini, Sarah nak share niat berpuasa 2 versi di bulan Ramadhan. selamat mengamalkannya :)

sebesar alam niatnye Sarah bagi. terang dan jelas gitu
pesanan penulis : kepada sesiapa yang agak cuai or perlupa anda disarankan menggunakan niat yang kedua. tetapi niat harian tu jika ingat mesti dilakukan okay :) selamat melakukan ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat di serata dunia

Wednesday 11 July 2012

1st tyme stay rumah sewa

hello fellas,
kejap bagi sarah mengeliat kejap. haaaa~ nmpak tak yang sarah kepenatan mengemas bilik rumah sewa ni? *tunjuk rajin leteww. ok sarah tak rajin pon pemalas je. hurm, dduk uma sewa ni kene la pandai berdikari. semua kene buat sendiri. tak pandai jaga diri habis la study kite kan? sarah nak berjaya. moga niat sarah tu tak terpesong.


bila dah naik poli ni terasa rindu pulak dekat sorang kawan sarah tu, tadi kawan yang jalan sama dengan sarah nampak dia, tapi sarah tak perasan la pulak dia ada. mungkin Allah tak izinkan kot. *kawan sarah cakap dia pakai baju biru kan bagus tu pakai baju warna warna, baru la nampak ceria diri tu. warna pon memainkan peranan dalam hidup kot. ok dah penat beleter. sekarang nak balas blogwalking yang tak berbalas sepanjang sarah bercuti di langkawi


pesanan pengarang : kalau stress pergi la cuti-cuti Malaysia, mencari ketenangan di bumi Allah

Tuesday 3 July 2012

hari-hari ku sebelum balik ke Kedah

assalamualaikum my dear bloggie,
tak mampu pemilik blog nak buat intro panjang pada waktu sebegini sebab saya teramatlah busy dengan urusan untuk pendaftaran ke semester seterusnya dan juga urusan mem-packing barang untuk kembali ke utara iaitu negeri kedah. sambil itu saya tak mampu berblogwalking buat masa terdekat ni tika hati sedang berlara, tak mampu nak sembunyikan hati yang sedang sedih nak balik ke Kedah.

sebelum mendaftar ke poli saya & keluarga akan bercuti ke Langkawi, tapi holiday ni tak mampu halau perasaan murung nak balik ke Kedah. mungkin sedih nak tinggalkan family dan juga negeri johor buat sementara waktu ni kann. moga time holiday tu mood saya okay dan dapat kembalikan kegembiraan & keceriaan diri.

 insyallah saya akan kembali ber blogwalking apabila segala urusan selesai, saya memerlukan waktu untuk melayan hati ni. kepada yang masih sudi singgah ke blog saya arigato saya ucapkan, nanti saya singgah page awk okay. sy nak layan pengunjung saya dengan hati yang ceria, tak mahu sedih & murung time melawat page pengunjung saya. 


pesanan penulis : doakan kejayaan saya dalam pelajaran dan kehidupan ini. moga kepayahan ini menghadiahkan kegembiraan di masa akan datang.maaf sebab posting saya pon murung je

Sunday 24 June 2012

1st movie selama 2 bulan cuti sem (seminggu sebelum balik kedah )


aduh, kenapa pulak tuan blogger ni letak gambar afro warna warni nih?
hehe sebenarnye tadi pukul  2000pm bersamaan dengan jam 8 malam kite pergi tengok cerita MADAGASCAR 3 dengan family. almaklumlah dah lama  tak menjejakkan kaki di panggung wayang, kite ni membebel la kat famili sebab tak bawak kite tengok movie. kite tak keluar dengan kawan sepanjang cuti 2 bulan ni, selalu tengok dengan family sebabnye dengan mak lagi best hehehe. cerita ni memang fun la, jenis pulak adik beradik kite ni suke ketawakan sesuatu *but becareful kalau datang taufan, puting beliung dan seangkatan dengannya over all best la gelakkan aksi binatang yang terlepas daripada zoo ni. sesiapa yang belum tengok tu boleh la survey trailer kat bawah ni, kalau rasa menarik bawak la kawan or family pergi tengok movie






pesanan penaja : inilah waktunye anda bawa family anda ke cinema, yang ada adik kecik tu memang sesuai sangat la. jangan la bawak adik-adik tu tengok movie romantik ni. influence banyak sangat, tak bagus.

Tuesday 19 June 2012

sayakah follower bertuah itu?



hari ni nk buat entry sayakah follower bertuah itu, bukan apa orang dah tag kita join je lah untuk memeriahkan contest ni kan? kalau dapat alhamdulillah sebab dapat hadiah free *eh ada hadiah berbayar ea? kalau tak dapat pon tak ap at least kita tolong memeriahkan event blogger lain. saya sebagai blogger yang baik insyallah akan menyokong blogger yang lain. hehehe

mari kita lihat siapa yang di tag oleh miss Little sist : sally  | aini munirah | farah

*click banner kalau nak menyertainya

Monday 18 June 2012

social network nick name

wassup fellas, eh lupe pulak nk beri salam ASSALAMUALAIKUM fellas.


staright to the main story. kanapa dan dari mana sarah dapat nama LITTLE SIST sebagai nama dalam social network. nama ni start digunakan since sarah start create FB, masa nk create FB tu sarah memikir nak letak nama apa. and suddently sarah ternampak 1 of my tshirt ya ada tulis LITTLE SIST.


so i've made my mind untuk guna nama LITTLE SIST sebagai nama samaran dalam social network, lagipun sarah memang anak last dalam keluarga so nama tu kekal sudah. dulu ada one guy guna nama LITTLE BRO, sbb he is my soulmate that time n dye ada FB pon sarah yang createkan. unfortunately tak kekal atas sebab yang tak dapat di elakkan, tapi kami still berkawan ( no musuh ok, its not good ) bak kata orang kalau ada jodoh tak kemana, so tak bercinta tak bermakna bukan jodoh kita dan bercinta pon tak semestinya kekal sampai ke jinjing pelamin ye dak? *alamak terkantoi aku single!!shhh.. diam ok


sebenarnye sarah lebih selesa kawan di social network panggil sarah LITTLE SIST kalau panjang sangat just type L.S. tapi kalau yang kenal sarah rapat tu memang la panggil nama kan. after this post sarah akan menggunakan LITTLE SIST sebagai pengganti nama sarah okay guys. 


pesanan penaja : after this insyallah kalau sarah jumpa my soulmate sarah bagi dia guna nama LITTLE BRO sebagai nama samaran. tu pon kalau dia sudi kalau dia nak stick dgn nama asal dia dalam social network pon tak kesah 

Tuesday 5 June 2012

THE INTRODUCTION

assalamualaikum guys...*kenyit mata sikit

ok, posting ni just nk intro my new blog. so im newbies again yaww (sambil buat muke sehabis cute). ok ok mohon berhenti buat muke menyampah kalian kite teruskan cerita kita, the reasons im creating new blog is because i have no interest dgn blog lama. tak banyak pon cerita di blog lama tu, cuma nilai sentimentalnya banyak la jugak sampai x nk ubah sikit pon apa yang ada dalam blog tu (type sambil nangis-nangis) . haha kita tak nangis pon, saje nk jadi dramatik.

so this is it, my new blog!! dulu kite bagi nama blog kita my little black dress, tapi sekarang ubah sikit daripada BLACK turn to RED. yeay, tepuk tangan kuat-kuat (muke bersungguh-sungguh) .  kepada visitors, rajin-rajin lah jenguk page baru kite ye. insyallah, kita akan curi sikit masa lapang kita untuk entertain diri kita and also my cutie visitors .

ok, time to say goodbye (kesat air mata). tak boleh bebel banyak-banyak nanti orang geram dekat kita, kita sambung bebel next time okay. sebelum korang beredar tu meh la kita kenalkan muka kita sebagai tuan punya blog ni. di persilakan




thanks pada my friend (zaed) sbb capture this picture *kinda like it a lot



this pic taken on 2011, masa pergi universal studio singapore