Monday 17 September 2012

sinopsis untuk 2 bulan & adakah aku akan bernikah ?

ehem . . ehem 

eh lupa nk buka mukadimah bercerita dengan salam ASSALAMUALAIKUM fellas. lama little sist tak meng-update belog tercinta ni. ekekeke hampir 2 bulan juga ye? hurm, sepanjang 2 bulan ni macam-macam hal berlaku dalam hidup little sist. itu la yang dinamakan kehidupan :) dengan kes tak tidur malamnye nak siapkan assignmnt dengan konflik warga DKA2B *eceh, konflik la pulak. macam drama nak ada konflik bagai ni kan? dan juga drama 3 minggu bersama teettttt teet toottt . . .   

sebab terlalu banyak aktiviti sebagai pelajar la little sist jarang sangat update blog. almaklumlah idea pon seciput aje bab mengarang ayat kat blog ni. kalau nak cerita pakai mulut tentang semua yang berlaku memang berjela la cerita little sist, so little sist just wt sinopsis sepanjang 2 bulan ni. cehh poyonye aku nk buat sinopsis bagai :)

ok 1st of all, kelas DKA2B completely huru hara selepas ketiadaan wakil kelas. little sist hanya pembantu je, bekas wakil kelas bukan pindah atau anything happen to him its just dia letak jawatan sebab tak tahan dengan kerenah budak kelas yang kadang-kadang annoying terlampau. so ada masa memang aku la yang kena backup tempat dia lepas dia letak jawatan.

 naik cuti raya aidilfitri tu, little sist join selection untuk pemain netball and alhamdulillah little sist pegang position GD :) sepatutnya 13/9 hari tu kami ke nilai untuk tournament antara poli seluruh malaysia unfortunately kami tak dapat pergi sebab POLIMAS tak approve transport, maka terkuburlah angan untuk bertanding dalam tournament itu. tapi kami masih turun training every day, sebab insyallah kami akan bertanding dalam tournament antara IPT. mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya

and next week little sist akan menghadiri khursus kahwin. *ok please stop buat mate terbeliak besar-besar tu. =.=" apa kau fikir umurku 19 tahun aku tak boleh pegi khursus kahwin ka??   adakah little sist akan bertunang? berkahwin? ber . . . ermmm ber . . . ahh ape-ape yang sewaktu dengannya lah. hurmm . . hurm . . fikir sejenak, aku dah nak nikah ke ? ? khursus kahwin ? ? nikah ? ? brrrrrr . . . tak payah fikir, membazir waktu aje. haha kbai

 segala kemangarutan disini memang bengong. salam sayang untuk pengunjung dan pengkarya blog :) *hugnkisses

0 comments:

Post a Comment