Friday 24 April 2015

I AM BACK!!

Assalamualaikum guys, 
so here I am start berblog kembali setelah berzaman meninggalkan. Biasalah, I acah-acah busy as an engineering student. cewahhhh, poyo je mention "engineering student" ni. Macam tak layak nak pikul title "engineering student" tu. Tujuan kembali muncul di blog? mesti la sebab bosan. Definisi bosan yang aku cuba sampaikan ni ialah:

1. Asyik berjaga waktu malam & siang membuta dengan jayanya

2. belum apply kerja or sambung belajar.
3. rindu bebel dalam blog (walaupun tidak ada sesiapa yang ambil tahu dengan penulisan aku)
4. terlebih waktu lapang (nak shopping, tapi belum ada pendapatan sendiri)

Banyak lagi defini bosan yang ada, tapi beritahu sikit-sikit sudah la kan. Lagipun berblog ni dapat mengurangkan kos perbelanjaan aku. hahaha Kalau bosan mesti kita nak ajak kawan/boyfriend keluar or jalan sorang-sorang pon jadi asalkan dapat keluar. Masalah aku dengan aktiviti "keluar" or in another word is "jalan-jalan", kita mesti nak membeli, kan dah keluar duit tu (kalau tak keluar duit tu mesti tipu kan? kan? kan?). Duit pon dapat daripada belas ikhsan ayah, kalau ayah tak hulur. memang pokai (bukak purse,rama-rama berterbangan). So, inilah jalan penyelesaian yang boleh aku buat dalam waktu terdekat ni.

seronok jugak kembali berblog ni, lagi-lagi bila berblog guna PC lama yang semenjak dulu kala aku start berblog. pada pendapat aku, berblog guna PC lebih selesa daripada guna lappy. adakah aku dikira "old school"? but who cares, kita dengan cara kita. kalau asyik ikut cara orang lain, sampai bila kita nak maju & menjadi unik? unik ni la yang membezakan antara kau, aku dan yang lain. tak best la semua benda nak sama dengan orang lain. tak rare kata remaja zaman sekarang..



wahhh, panjang jugak aku dah membebel. entry yang sesungguhnya merapu, tapi im glad that im back.

0 comments:

Post a Comment