Wednesday 21 August 2013

raya ku dan dia

assalamualaikum peeps,
baru sekarang aku ada masa nak update blog. haha ni pon curi masa sikit "sebenarnye kena buat jurnal practikal yang bertangguh-tangguh tuu!!!!" hewhewhew shhhhh, jangan ngadu kat mak kita tau.
alah, macam biasa bila tajuk raya ku dan dia mesti la gambar aku ngan dia kan kan kan? enjoy the rest of our photossssss (nampak tak S tu banyak??) ad 2 versi, versi muke aku kemain beria dgn versi muke masam.




versi muke terlebih seronok



  




versi muke mencuka
tetibekan versi mencuka ni aku duduk tempat driver kan? hahaha



merajuk sebab dia syok layan handset dia. tu yang muncung tu


btw, just wanna wish HAPPY EID 1343H!!! maaf zahir & batin kepada sekalian khalifah dimuka bumi ini
-PUBLISH-

Friday 28 June 2013

making new friend :)

hello bloger.. notto forget for the muslims Assalamualaikum :)

wishing you a happy friday, hari ni jumaat kedua aku bekerja di cawangan SP Setia it is Setia Tropika which is in kempas, Johor DT. I just got an info that my housemate in kedah, cik.ziema punye tempat praktikal tak berapa jauh dari tempat praktikal aku, unfortunately masa untuk lepak tak ada akibat daripada kekangan masa. timing untuk rehat & balik memang tak sama antara kita. so agak impossible la untuk kami melepak-lepak togather.

on the 2nd week of practical I get new friend. hurm, not really friend la because he is far older than me mybe more suitable to say he is a colleagues but in different department. He is chinese guy yang sangat friendly (again, making friend with a male species), actually dia yang tegur aku dulu. aku ni sememangnye berat mulut kecuali dengan kawan-kawan, so aku just senyum je kalau berdepan dengan orang. he gave me a lot of advise for me making friend here and suits my self with new surrounding. dia jugak la yang melayan aku melalut in English. lama aku tak ada kawan nak bebel in english. Alhamdulillah Allah hadiahkan aku kawan untuk meluaskan ilmu :) practice make perfect right? kalau dok pendam ilmu tu sensorang memang belapuk la english aku yang tak berapa nak power ni.

dia ni chinese tapi mualaf, it mean he is a MUSLIM!! lepas aku tahu dia ni muslim, aku rasa sangat menarik untuk tahu story dia yang telah membuka pintu hati terhadap Islam. btw, di atas advice dia & mereka yang lain including mr.love aku jadi ringan mulut sikit untuk menegur mereka yang tidak aku kenali. sedar tak sedar, dah panjang rupenye aku menaip.haha dah la aku menaip di office time rehat (suke hati je buat pasal)

perenggan pertama tu aku dah promote nama Ziema siap link twitternye okay. mohon ziema berterima kasih sikit please. hahahaha
berkawan tidak perlu mengukur usia &pangkat untuk meluaskan ilmu yang ada

Monday 17 June 2013

hari pertama praktikal

asslamualaikum,

hari ni aku dah start praktikal di syarikat SP Setia . huge jugak la syarikat ni (tempat aku tu cawangan), kalau nak tau lebih detail boleh tekan kat nama syarikat tu ok. sesiapa yang agak-agak nak membeli rumah pon boleh visit site tu tapi harga dia mcm agak terlampau la pada pandangan aku. (untung golongan yang sederhana)

mencabar jugak pengalaman untuk hari pertama ni, aku pon hampir menangis. almaklumlah aku ni jenis tak pandai hidup sensorang ni, tapi kat tempat praktikal tu memang aku alone tak ada geng. memang la gabra habis kan. alhamdulillah, mungkin rezeki aku murah sebab aku dapat elaun. tak ada dengar pula classmate aku ada yang dapat elaun, tapi elaun tu sampingan je. yang penting ilmu.

lunch pon aku x perlu membeli sebab dah ada makanan di sediakan syarikat. every employee makan kat pantri kalau x nak makan kat luar. tapi aku geram sikit la dekat akak dalam department tu sebab aku tanya semua dia cakap tak tahu, kerja dalam department tu tak kan la tak tau sikit pon. selamat ada En.Fauzan yang sanggup sedekah ilmu dia. dapat juga aku buat walaupun bukan tahap pro :) thanks to En.Fauzan kerana menyelamatkan hari saya daripada kebocoran air mata.hewhew

apa-apa pon, life still go on. perlu menjadi pekerja yang baik sehingga 1/11/2013. doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan, moga aku tabah menempuhi segala rintangan ketika menimba ilmu fardu kifayah ini


kelegaan kerana aku tak perlu memilih lagi antara mereka. aku sayang kau love

Tuesday 28 May 2013

bila kami hilang minat terhadap anda wahai lelaki.. adioss~

tadi aku ade la mengendap instagram kak long aku tu, terperasan ada orang post pasal macam mana action seseorang perempuan kalau dah hilang interest terhadap lelaki yang USED TO BE HER INTEREST.. dari pengamatan aku post tu ada kebenarannya, antara perilaku seorang perempuan yang sudah tidak meminati lelaki itu :

1. sebulat suara membuang lelaki itu dari friendlist segala social network *siap block terus



2. kalau dulu text tak penting pon gatal nak balas dengan speed melampau, sekarang? setahun kemudian pon belum tentu



3. sanggup cari orang lain untuk pertolongan daripada mencari lelaki tu 



4. sebut nama pon tak payah *spoil selera



5. semua perilaku that guy sumpah x mampu menarik pandangan perempuan tu lg *tak payah nk mencapap sangat sebab tak laku dah




banyak lagi tp aku malas pulak nak fikir apa yang aku buat kat lelaki yang aku da buang minat dekat dia.. haha korang fikirkan sendiri ea. tak larat dah ni. demam la katakan

doakan demam aku kebah dengan segera okay :) p/s : rindu dia yang tengok kpop tu

Tuesday 21 May 2013

keinginan untuk memilikimu

di sebabkan hari ni wifi aku tak menunjukkan kesiputannya, so aku pon bercadang nk mengomel pasal gadget yang aku rasa aku nak beli pada tahun ni. hekhekhek kenapa tetiba aku sebok sangat nak gadget ni ek? ok la, aku ni bukan la manusia gila gadget sangat. tapi masalah sedunia aku ni ialah aku suka membazir tak tentu hala, duit lesap tapi barang tak nampak. selalu jugak mr.ehem tu bebel. dia cakap aku ni tak geti menyimpan, suke boros, beli ikut suke hati malahan keras kepala bila di tegur. selagi tak dapat selagi tu la aku merengek.

di sebabkan aku tak nak pembaziran tanpa hasil berlaku maka aku membuat konklusi *cewah,ayat nak skema. ok sebenarnye aku nak beli gadget yang boleh aku guna time study time jenjalan & time nak tidur pon boleh guna. nak tau apa? meh aku tunjuk ghupe bentuk gadget tu



haa.. ni lah bende alah yang aku nk beli tu
(galaxy player 4.2)

tak kesah la orang nak cakap aku ni ketinggalan zaman or ketinggalan keretapi sebab nak gadget ni. orang zaman sekarang kan dok sebok beli tab, i phone, i pad & macam-macam mak nenek lagi lah gadget sekarang ni. mereka-mereka tu mungkin ada pendapatan sendiri, ataupun jenis minta terus dapat dari family. aku pulak kena ada achievement baru la dapat *tu pun ada limit ye kawan-kawan. nak dapat achievement tu bukan senang tau, otak aku ni agak slow motion, pickup lambat. kena slow-slow baru dapat tangkap. so nak dapat segala mak nenek gadget ni memang payah la.

di sebabkan tempat practical aku ni peruntukkan gaji bersih RM600 sebulan untuk aku, so aku fikir aku nak kumpul duit tu & beli gadget ni. opss, lupa pulak nak cakap. sebenarnye gadget ni bukan handset tau, tapi dia macam mp3 mp4 la gamaknye. kalau aku beli handset banyak-banyak nak buat apa kan? aku bukan suka pakai banyak nombor ni kebetulan aku baru je berapa bulan pakai blackberry *masuk hospital sebab masalah ketika kelahiran mungkin. lagi pun aku ni jenis manusia yang suke dengar lagu, nak study pon aku buka lagu. so aku rasa berguna juga la bende alah galaxy player 4.2 ni untuk aku kan. daripada duit practical aku tu lesap tanpa dikesan ada baiknye aku beli something. ok dah penat aku bebel pasal gadget ni, kalau korang nak tau functionnye boleh la search ye. aku malas pulak nak jadi promoter tak berbayar untuk galaxy player ni.

aku nak warna putih lagi suci ni sebab nampak sangat cool.

Friday 17 May 2013

15 fact about him

disebabkan kebosanan yang terlampau di malam hari maka bermulalah kemengarutan tuan blog ni.. so, here it is 10 fact about HIM *hanya beta sahaja yang perlu tahu namanya:

1. HIM *semestinya lelaki jika berdasarkan tajuk

2. sangat baran ehh silap, dia sesungguhnye penyabar *sabar la kan melayan my super annoy request & habit

3. sepet macam apek *especially without wearing his spect

4. around 171cm *rendang aje ekekeke

5. he is so in love with his baby *TX,TAG,VAIO :( im not include kuang kuang kuang

6. kedekut pemurah terok * tak pernah berkira dengan aku

7. melayan semua orang sampai aku rase jelous *ni la yg selalu aku risau n jelous

8. suka pakai semad-semod serabut-serabai *aku tukang bebel

9.  he love blue colour *tuala dia carton-cartoon warne biru!! haha

10. dia kate kat aku dia benci lipas*busuk kabonye

11. sleepyhead!!

12. kalau ada duit kat tagan dia akan jadi SHOPHOLIC *aku yang naik takut tengok

13. makan tak memilih *tapi selalu kena ikot kerenah aku

14. perangai dia sesungguhnya bertentangan dengan aku *selalu jadi bahan gaduh

15. blog dia a bit boyish girlish *sebab aku yang gubah blog dia





ok tu jek yg boleh aku share untuk hari ni.. till next time peeps p/s : LOVE him



Monday 29 April 2013

last day on april 2013

hello..hello......hellooooooo

ehh, terlebih pulak. lama sangat sarah tak menunjukkan bakat dalam berbloging ni. since tukar blog baru ni idea dan kreativiti untuk berkarya yang super awesome mengarut agak terhakis. i miss the old me that have a lot stupid thing to talk about, WALAUPUN its not really important tapi ia adalah penghapus stress yang sesungguhnya maha POWER.

sarah rasa, sarah nak start aktif berbloging balik. yeayyyy, hobi lama yang terkubur di gali semula. kalau diperam lama-lama pon bukan jadi semakin kreatif pon. macam menjadi semakin excellent looser je. since this is my final week untuk sem 3. sarah agak busy STUDY. *hey,dont do duckface i know you guys like WHAT,SHE IS STUDYING? SERIOUSLY? what? you think i cant study huh? i can study just kinda lazy.

okay peeps, will cont posting later.. byeeee!!

khamis ni balik johor!! yeayyyy, mohon doakan perjalanan sy baik-baik sahaja :)


Sunday 3 March 2013

who love the copy cat?

hye peeps,

setuju tak kalau I kata no one love copy cat? ni bukan copy cat dalam berkarya but dia copy our style. setiap barang yang kita miliki dia nak ada, like obviously this person copying too much and the most important is IM SICK OF IT.
tak ada style tersendiri ke dalam pemikiran dia? kenapa perlu ikut setiap style orang. why dia tak reka atau cuba untuk membuat satu treadmark untuk diri dia sendiri? mohon la cari trend you sendiri ye miss. im begging you. do create your own style, jangan la berperwatakkan BATAK publisiti. popular is nothing, just be your self supaya orang tak meluat tengok you.

arghhh, I HATE COPY CAT!

Sunday 24 February 2013

ouh lect

and i dont know for how many times my math lect sabotaj me. aku dah terpacak kat poli baru cakap tak ade kelas??kadang-kadang tu tak cakap pon kelas batal, dia main tak hadir jek. aku ni naik public transport, mana mungkin aku nak patah balik ke rumah. walaupun aku di tahap penat yang maksimum tapi aku terpaksa tunggu jugak di sekitar poli ni dari pukul 8.00am sehingga 10.00 am sebab pukul 10.00am nanti aku ada makmal geotech. FYI, lab geotech kebanyakkannye adalah kerja berat. 

dengan itu aku nk buat pengakuan yang aku pon tak tahu nak menghadapi lab macam mana hari ni. dengan badan rasa tak sihatnye. tadi dah termenangis dah bila terserempak dengan kawan aku yang montel tu. haish, nk ditahan air mata ni tak boleh sebab dia berdegil nak keluar jugak. its really suck with this situation, mohon tuka lect dgn segera!! haha *kejamnye aku

BTW, thanks kepada air mata sebab kalau kau tak ada entah apa jadi dengan aku sekarang ni.

Thursday 14 February 2013

im a newbies ya'll

assalamualaikum & happy chinese new year,,

ching.ching.ching *senyum lebar-lebar. alhamdulillah, rezeki masuk untuk cuti raya cina ni, kire angpau la kan?kan?kan? haha. 1st i would like to thank to my daddy for spending his money, 2nd is for my eldest sister who talk to my daddy and to the seller 3rd is for my mother because she accompany me to buy this thing. *cewaaahhhh buat speech lah pulak

sebenarnye saya ingin mengumumkan bahawa saya adalah newbies dalam penggunaan bende alah ni #mohonlihatgambardibawah



tadaaaaaaaa.... ni la yang saya newbie sangat ni :)

saya juga telah mendapat new sport shoes. yeay, pergi gym dengan kasut baru!!! lepas ni boleh jln kat treadmill dengan penuh kesungguhan bersama kasut baru.. hahahahahah

mohon tunjuk ajar ku sifu kepada yang senior, super senior malahan super duper senior dalam gadget berry-berry ni 

TAG di Joho

assalamualaikum guys,

guess what, Ah Tag datang Johor okay..aku pon dengan gumbira dan berbesar hati bawak dia jalan-jalan aka tolong dia mengosongkan poket. mula-mula aku bawak dia pergi CS, niat nk bawa dia makan di season's cafe. tapi tengah jalan-jalan dia boleh ternampak 1 jacket tu, sepantas kilat tarik tangan aku & dengan jayanya dia telah mengeluarkan duit untuk membayar jacket tu. dah senang hati beli jacket baru la pergi makan di season's cafe :) omnomnomnom

lepas makan, satu hal pulak datang. kami berebut nak bayar. segan la aku, aku dah ckp nk bawak dia makan di situ tapi dia pulak bayar. pada hal, memang aku nk belanja dia tp dah jadi terbalik pulak. dia belanja aku =.="  *pening. kalau makan kat food court tu tak heran la jugak nk suruh dia bayar, walaupun season's cafe tu x ada la mahal mana tapi makan sepinggan je dah lebih kurang RM16. makanan aku campur makanan dia je dah habis berpuluh, patut la kemain laju dia mintak bill kat waiter tu. haish, aku pon silap. siapa suruh leka ye tak?

habis je memenuhkan perut aku terus ajak meryap dalam bangunan CS tu, sebab aku pon dah lama tak merayap kat situ sebenarnye. tetiba kami TER-masuk pulak kat TRIO dan TER-beli baju dia, baju adik dia dan aku pon TER-beli baju aku 2 helai.. see, kepale hotak dia plus kepala hotak aku equal to INSANITY. dia punya shopping, mashaAllah.. kalah aku weyhh serious tak tipu. bila dia dah banyak mem & ter-beli muka aku dah muke cuak.

settel round CS, bawak pulak merayap di JPO. kat situ dia belanja aku kemeja, tapi serious time tu muke aku dah tak senang dah tengok dia ni asyik membeli je. jenis otak seminit, nk terus buat. nanti baru nak menyesal tapi time tu tak guna la kan nak menyesal pon. sebelum habis round JPO dia beli starbucks. then hantar aku balik.. hahaha siapa sangka boleh tengok dia punya gila shopping. thank god ada dia ni dalam kehidupan aku. kalau tak, siapa nak layan aku punye prangai yang entah ape-ape ni? hahaha

okay lah, panjang sangat aku bercerita ni.. till next time :)


kira berjaya la misi dia dalam menghabiskan duit yang ada di poket =.=" hai anak teruna En.Jafri ni, kemain kau ye berbelanja

Sunday 27 January 2013

i cant explain

kenapa aku cepat je nak keluarkan air mata? sebab hormon perempuan ke atau aku memang jenis cepat berkecil hati ? its just a few words yang keluar daripada dia, tapi kenapa entah aku terasa sangat sampai termenangis. bukan aku tak cuba tahan, tapi lagi ditahan air mata tu lagi laju pulak dia keluar.

how nice kalau time tu dia pandai selami hati ni, give a warm hug and says a words that make me calm. yeah, mmg dari kecil lagi aku macam tu. terasa hati atau terkecil hati mesti aku akan diam seribu bahasa and at the end tears came out. my oh my, is it wrong? is it bad? its not like i choose to make it bigger, but he make me hard feeling. i admit, its just a small thing but it still hurt my feeling. it feel like he slap my cheek!

bila rewind & playback apa yang dia kata tadi tu, suddently my eyes feel warm and tears will appear. kenapa lah aku ni cepat sangat terasa & berkecil hati? actually, tadi tu terus masuk sebab air mata tu dah menjurai dah cuma masa dah nak sampai depan rumah aku tarik nafas dalam-dalam then aku kesat air mata baru aku turun motor. tapi tak pandang dia sebab nanti air mata aku laju jek nak keluar. bila sampai dalam bilik aku baring sambil lap air mata then a few minute later i've got a text from him. he ask

what wrong with me

it just i cant answer his question, because i know for him its nothing at all but why should i take it seriously? argh, just forget it. im too weak. i'll always lost when its about an emotional battle. im such a loser!

Friday 25 January 2013

enjoying our day

assalamualaikum wbt,

hye korang, hari ni nak cerita yang sarah dapat pergi swimming semalam. air dia nauzubillah sejuk, sampai menggigil tau. lepas swimming kite dapat pergi jalan-jalan kat alor setar thanks to Ah Tag sebab rajin melayan. so, masa jalan-jalan tu kite dapat makan big apple & dapat sehelai kemeja baru *murah je but i like it Ah Tag pulak dapat makan sizzling. he eat with his heart, sangat bersungguh okay dia makan. gila seronok tgk dia menikmati his sizzling.


baju yang dibeli atas persetujuan kami



big apple omnomnomnom... me ate it



and he enjoyed his meal with all his heart

Wednesday 9 January 2013

mohon faham yang aku marah

apa perasaan korang kalau sesuatu barang yang teramat korang sayang orang pakai tanpa kerelaan hati? tak payah jawab, biaR aku yang jawab. jawapan aku ialah 

AKU SANGAT DAN TERAMAT MARAH


ni la yang aku tengah rasa, handbag kesayangan aku hadiah untuk birthday yang ke 19 tahun aku *ayah bagi* si perempuan ni main pakai je. masuk je bilik dia cakap dekat aku "eh,aku guna bag kau tau" tengok buku dia dah siap dikemas dalam beg aku tu. Tu bukan mintak izin, tu just beri tahu yg kau guna beg aku. ade kau text or call aku yang kau nak guna bag aku? even kau tak tanya pon tak kan kau tak faham-faham yang tu hadiah pemberian orang kat aku? dah terang-terang kau tau tu hadiah, yang kau baghal sangat kenape?

aku rasa perempuan macam ni perlu belajar erti sesuatu perkataan. lagi satu, kelas moral tu teramatlah wajib untuk perempuan species engkau ni. kau ni tak pernah paham perasaan orang ea? barang lain aku boleh hadap lagi dengan perangai kau. handbag tu memang aku tak izinkan langsung sesiapa pakai. family aku pon tak pernah mintak nak pakai pon. dalam seminggu banyak kes kau buat kan? 1st kau jahanamkan baju blouse aku yang baru 1st time aku pakai . pemberian orang jugak tu. ni kau pakai handbag aku pulak.

kau dah kemas bag tu dengan buku-buku baru kau cakap dengan aku kau nak guna. kau fikir ayah aku belikan bag mahal-mahal untuk bagi kau guna? hadiah birthday aku memang untuk di beri kat kau ke? tahap kesabaran aku dah tahap kepala dah ni. fikir logik la sikit, barang pemberian orang mestilah berharga bagi pemiliknya. tak kanlah tu pon nak kena ajar baru kau faham. aku dah fedup dengan perangai kau tu.

jadi manusia tu tolong buang sikap sambil lewa. jangan anggap remeh dengan setiap perkara. perangai macam tu sebenarnye mintak kena basuh sampai lunyai kau tau?
 

Monday 7 January 2013

ouh baju baru ku..

assalamualaikum wbt,



hye guys, guess what? my new blouse gifted by my friend
ROSAK ROSAK ROSAKKKK!! arghh, this is a night mare. sarah baru pakai sekali *nangis Kesnye sarah tidur, si roomate ni pulak terlebih rajin g basuh baju aku tanpa tengok-tengok. dia main sumbat je semua baju dalam mesin tu. baju baru sarah tu warne putih, campur pulak dgn baju kurung yang baru beberapa kali pakai warna meroon pulak tu

resultnye bila pagi-pagi sarah tengok baju putih tu jadi pink-pink gitu. WTH, di subuh hari sarah menangis tersedu-sedu. call si pemberi, nangis sambil mengadu nasib kat dia. sayang sangat baju tu, its not important how much the price is. tapi its a GIFT. sayang sangat baju tu. ikotkan hati macam aq nk terajang je minah ni, pergi kelas dalam keadaan sedih. asyik termenung je bila teringatkan baju sarah tu.

sampai sekarang sarah tak sanggup nak tengok baju tu, bila terpandang rasa marah tu meluap-luap. rasa nak tibai je si roomate aq ni bagi makan bubur sebulan. haish, apalah malang nasib. sarah tau hati si pemberi tu sakit sebab barang pemberian dia rosak, walaupun dia yang pujuk cakap nak buat macam mana benda dah jadi.

so this page is made for you. sarah mintak maaf sebab tak jaga baju tu, baru sekali pakai dah rosak. minta maaf ye, bukan sarah nak bende jadi macam ni. sarah pon marah baju tu rosak, sarah akan simpan baju tu tapi sarah tak nak tengok baju tu sebab its hurt. sedih sangat tengok baju tu rosak.

kepada si pemberi : tolongla jangan terasa hati dengan kejadiaan ni. 

Tuesday 1 January 2013

belasan to puluhan


ehem..ehemm Assalamualaikum

hello people, HAPPY NEW YEAR!! HAPPY 2013!! *bunyi mercun* kejap je dah masuk tahun baru kan? kan? kan? goodbye to 2012 & say hello to 2013. carpet merah dibentang untuk mengalu-alukan kedatangan tahun 2013. ceeewahhh  :p 
sedar tak sedar tahun ni sarah pun akan menginjak ke alam 20-an. ready or not, sarah kena laluinya walupun berat nak lepaskan umur belasan tu. 20-an ni angka yang sangat besar bagi sarah tau. ouhh tidakkk, im too young to be 20th. im still awet muda ni tau tau tau. 
angka 20 tu mcm berat untuk di terima, seems like dah tua sangat sarah ni. sebelum ni angka baru belasan sekarang bakal melalui angka puluhan. pada angka puluhan ni sarah akan settlekan sem 3 & Latihan Industri demi menggapai segulung diploma. *muka serious, semangat berkobar-kobar* 
to all students, selamat kembali ke sekolah jadi yang lebih baik jadi yang sebelumnya. kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan besar belajarlah dari sekarang especially my cousin Nur izzafaiz binti Mahad as a PMR victim. belajar awal-awal ni senang, petik jari je nk jawab soalan periksa tu nanti. tapi sarah tau walau nmpak matang macam mana pon high school students ni, mereka still tak dapat kesedaran untuk belajar sepenuhnya. 
sarah yang dah masuk IPT ni pon kadang-kadang still leka dengan persekitaran lagi. so be strong okay :) kuatkan azam & tentukan masa depan. ok count later people, salam 2013!! *kenyit kenyit mata*